Tuesday, December 17, 2013

Permulaan Hidup...

Assalamualaikum..

Rasanya la sungguh tangan ini tak menaip tak mengetuk & langsung tak menjengah bloh yang dah 4 tahun rasanya kot menjadi tempat luhan isi hati.. maklumla sekarang ini usia dah makin tua, sesuai dengan umur ini jugakla.. ingatkan blog bukan menjadi perkara utama untuk luhan isi hati.. tapi last-last blog ini jugakla yang aku cari sebabnya rasa dah tak tertahan untuk di ungkapkan, masin-masing dah ada life masing-masing.. aku rasa kawan-kawan seangkatan usia dengan aku semuanya dah ada arah tuju hidup dab bekeluarga dan ada kerjaya masing-masing..

sesungguhnya akula yang masih mencari-cari arah kehidupan.. masih tidak mempunyai pekerjaan, masih di dalam di lema hidup..emmmmmmmmmmmmmmmmmmm orang cakap tak baik mengeluh tak baik putus asa..
tapi sometime aku sendiri terfikir apa yang Allah telah rencanakan dalam kehidupan aku sebenarnya??

Aku ini baru je tamat belajar ecehh skema la pulak rasa ayat ini.. dannnn.... aku baru je empat hari bekerja dekat 1 company CINA XXXX tak boleh la nak sebutkan nama zaman sekarang ne sangat la bahaya oke..
tapi aku dah berenti dah.. hahahaha sebabnya baru 5 hari la cm 2 aku keje tapi aku dah demam yang sangt teruk.. di tambah dengan stress tahap cipan dewa yang sangat-sangat melampau sehingga menggangu emosi fikiran aku.. aku sendiri pun tak tahu.. kenapala aku tak boleh nak handle semua ini.. dulu pun aku stress jugak tapi tak dela sampai aku buat keputusan drastik macam ini.. orang cakap keje mana yang tak susah, keje mana yang tak payah cume kita la sebagai manusia perlu tahu kawal!!! masalahnya aku dah cuba kawal dah cuba tapi tak mampu.. salah aku ke???? oke aku ada la sembang dengan mak aku sendiri mintak pendapat tapi masalhnya orang tua aku ini jenis tak kisah dia cakap aku yang nak keje.. waaaaaaaaaaaaaaaaaa
 bertambahla stress muka aku bila kau tanya tak da jawapa yang membantu..................

Sebenarnyakan i keep asking myself what I want inmy life, my ambition??? tue la akibatnya sebab dari kecik bila orang tanya ko nak jadi apa aku jawab la kau sendiri pun tak tahu aku nak jadi apa.. so ini lah padahnya...........................................

tak ada sapa-sapa yang boleh bantu aku kecuali diri aku sendiri.........................................

Friday, September 13, 2013

Shaklee Set toksin

Assalammualaikum....


Ya cik gadis kini kembali , kembali bersama produk terbaru hehe.. Okey now im new Independent Distributer Shaklee.. Alkisahnya bermula selepas hampir 6 bulan consume dengan pak cik shaklee nie upzz
firstly cik gadis nak mintak ampun dengan kazen cik gadis huhu cikgu asheeq ( Ampun ya) sebab tak join jadi cucu cicit kamu, mula-mula memang nak join bawah kamu tapi tbe2 rasa macam nak independent pulak hik2..

Ala cik gadis bukan nak kejar kewangan sangat tapi bagi cik gadis pak cik Shaklee ini macam bagi satu cahaya terang dalam life cik gadis..huaa bukan cahaya lampu neon tapi cahaya penyembuhan..

Penyembuhan okeeee.....

Penyembuhan pakcik-pakcik jerawat yang sangat-sangat aktif sejak sebulan yang lalu... owhhh malu nye....

mula la terpikir macam-macam jenis produk rasa sume benda nak tonyoh kat muka ne, lagi-lagi masa cik gadis pergi farmasi macam guardian/watson mula la sume benda yang ada tulis anti pimple confirm nak beli tak kisah la mahal pun.. muka dah nek jerawat yang sangat-sangat merah, pompuan mana la yang tak tension kan..



review punya review akhirnya tekat usaha doa tawakal dengan gigihnya cik gadis beli GLA Shaklee, B Complex, Alfafa ( for detox) orang cakap mungkin darah aku kotor kot.. so aku di suggest oleh my mentor untuk try sume supplement ini.


ilustration botol nampak besar tapi jangan terpedaya hehe botol dia comel gilee tapi full of benafit... nnti i buat review

ne B complex , beli yang kecik pun cukup dah


disebabkan aku ada nafsu nak kurus dan membuang lemak-lemak dalam badan so aku telah menambah set untuk memecahkan lemak 



ID- 893899
0173321013 confirm best price/ ahli price untuk sapa2 yang nak try :) 

#nk upload my skin yang merah2 next entry

Sunday, August 4, 2013

Be yourself be who You are

assalammualaikum..

Alhamdulillah rasanya lama tak menjenguk laman ini huhu, maaf la sekarang nie dah start my interns days for 3 month so quit busy, bukan busy ape pun tapi really tired seriously, yessss tired with my mind and body..
a lots of story nak sharing since anis strat interns ini and now dah 26 ramadhan :) allhamdulillah Allah still gave me time untuk mensyukuri nikmat yang di berikan.


15/7/2013

the date : this is my first day going interns in cyberjaya my first impression quit okey la.. tapi tah kenapa sejak hari pertama aku jejak kn kaki dekat company tue hati aku mula rasa berbelah-belah, ya i dont know why?? nak sedapkan hati trying thinking a positive , oke tak pelah dah first day kn, okey first dah kene hentam with my boss/ my supervisor okeee seriosly high expectation kot yang di buat, lagi2 always speaking, buatkan aku cuak jugak la dah la orang melayu al faham jela if melayu kalau speking macam ne kn mesti la dia pandang siniss je dengan aku yang tergagap-gagap ini. Aku rasa masa tue aku lah manusia paling kerdil sekali terasa kecik je ( boss aku mmg bdan besar pun huhu) ya i know im not good speaking and not very fluent tapi aku tak la teruk sangat sampai tak faham ape-apa, ( ding my degree byk improve aku punya english rather than before)first day dia dh bagi kerja yang agak mencabar sebabnya im the only one yang doing marketing at that company, doesn't have sales department oke!!! aku anggap semua ini takdir tuhan dan ujian dari Allah nak tengok sejauh mana hamba-Nya ini mengingati dia, memang aku rasa susah sangat time 2.. yang lagi haru aku sendiri tak sangat di dedahkan dengan product-product syarikat memang aku tak faham fungsi and programme dorang so confirm take time la.

Allah uji aku lagi, kali ini dia uji dengan aku tinggal dekat umah sewa sorang-sorang time bulan puasa housemate balik kamping ( kami tinggal ber-2 je dalam umah ) seriously menitik jugak la air mata ini, aku tak bagi tau pun family aku yang aku sorang dekat umah tue aku takot mak risau :( tapi tak pelah aku yakin aku kuat yess aku dapat tido and duduk umh tue YESS aku dah buktikan aku kuat !!


sejak hari pertama lagi aku dapat rasakan ini bukan dunia yang aku cari, aku rasa aku dah pilih tempat yang salah, hari-hari aku mengadu dekat seha, aida, nadia ( whatapps je ) huhu dorng jauh, aku sedih sangat korang sangat-sangat sedey, kadang aku terfikir apa sebernya yang Allah aturkan untuk aku dalam hidup ini, aku sendiri tak tahu, tiap-tiap malam jugak la aku buat solat istiharah mintak petunjuk dari Allah betol ke apa yang aku tengah buat skarg ini, betol ke ini kerja pilih aku, tempat aku nak mencari rezeki :(



4/8/2013

rentetan perasan,kehibaan, rasa ini semua membuatkan aku kadang-kadang tertanya-tanya dalam diri aku, dah rasa itu, ye rasa itu sampai sekrang, perasaan itu ada, company itu bukan yang terbaik untuk aku, gerak hati aku tak pernah tipu Allah beri anugerah perasaan gerak hati itu untuk aku, ye aku terpaksa buat intern di syarikat itu sebab terpaksa, im not hepy, aku buat atas amanah yang di beri demi selangkah untuk segulung ijazah....... mungkin sebelum ini aku punya perasaan membuak-buak nak kerja dengan company besar TOP Company macam yang aku tengok dekat cyber, tapi bile aku dah rasa sendiri itu bukan dunia aku, bila orang lain pakai kete cantik-cantik mewah-mewah memang satu motivasi untuk aku yess motivasi untuk menjadi setaraf seperti mereka tapi itu bukan dunia aku..................................................................


aku rela hidup dalam dunia yang sederhana, yes rezeki allah ada dekat mana-mana bukan hanya dekat tempat yang gah-gah bercampur dengan orang yang spekang-spekang je.. aku percaya Allah bagi rezeki dengan pelbagai cara salah satunya rezeki kegembiraan , kebahagiaan, kesihatan dan rezeki untuk mencuba mencari keredhaan Allah... contoh terbaik aku mak ayah aku sendiri, dorg bukan dari golongan terpelajar tapi dorg berjaya didik aku sampai aku ketahap ini :) terima kasih mak terima kasih ayah...


kadang-kadang bila aku tak hepy aku nak jer buat kerja halai balai dekat ofis tue, OHHH Tuhan berikan aku kekuatan, bila aku fikir and renung balik mungkin ini caranya Allah nak bagi aku lihat sebuah erti kehidupan , kehidupan yang pernah aku nak kan impikan sebelum aku menjadi semakin lalai, ohhh ramadhan 2013 terima kasih kerna menjadikan aku insan yang lebih tabah, kuat sabar dan aku semakin mengungati mu sebelum aku terlajak dalam dunia...

Ya Allah berikan lah aku kekuatan untuk menghadapi hari hari mu ini yang mendatang....mungkin gerak hati ini lah yang Allah nak tunjukkan padaku :) untuk menjadi umatnya yang lebih mensyukuri



SEMOGA AKU TABAH

Friday, July 5, 2013

Chicken Grill (marinated with oregano+rosemerry herbs)


assalammualaikum.. amik kau setepek gedabak besar ayam grill aku, hari ini memang terlebih la rajin sesangat hehe, aku bagi nama resepi aku kata atas ini CHICKEN GRILL haha ala-ala master chef kau
rasanya pun boleh tahan sampai menjilat lima jari buat Gyiwomi :)
rasanya ala-ala roasted chicken kat Kenny Rogers tue so lepas nie boley jimat duit banyak la jawabnya and resepi ini pun sangat la sesuai bagi mereka yang nak diet and nak healthy food gitu.

Yes, i love cooking aku tak tau la pasal apa aku sangat la suka memasak dan lagi seronok bila ada yang tukang makannya betul la orang cakap chef kalau tengok orang makan apa dia masak automaticly jadi kenyang je kan perut, act dah lama aku nak masak ala-ala western nie dan dah lama jugak la aku cari herbs yang orang putih selalu buat masak macam oregano, tymes,rosemerry semuanya sebab aku terpengaruh dengan cousin aku ini la asik cite pasal kambing yang dia marinated guna herbs ini dan hari ini dalam sejarah barulah aku berkesempatan nak mencari herbs ini sume sebabnya, sebabnya, sebabnya aku ikut mak aku membeli belah barangan dapur ( selama ini aku study mana ada masa ewaahhh) dan tanpa disangka-sangka aku terjumpa la herbs ini semua dengan harga yang agak berpatutan la sangat around RM2- RM 4.00 sumting je pun coz selalunya herbs ne dahla susah nak cari and  kena pergi hypermarket besar baru jumpe setakat Tesco kat kampung aku ini aku memang aku tak pernah jumpe or mata aku yang tak nampak :) actually aku dapatkan semuanya dekat ECONSAVE je pun hehe..

meh aku cite resepi dia kita mula-mula marinated : 

1. Chicken Breast 
2. bawang putih 2- 3 ulas tumbuk kan dia
3. sos cili maggie
4. sos lada hitam instant (botol)
5. kunyit
6. herbs (aku pakai oregano + rosemerry)
7. olive oil sikit je (minyak zaitun) supaya lebih aroma

korang marinated je sume bahan-bahan yang dekat atas tu then bubuh dalam peti sejuk dalm 2 jam supaya herbs dia meresap aku memang tak bubuh garam dah coz sos yang aku guna tue dh cukup masin dah tapi terpulang dekat korang la hehe..


untuk memudahkan aku masak aku just gunakan magic pan hoho ( pemangang ajaib) hehe senang nak pusing-pusing kan and dah tentu-tentu isi ayam masak dengan cepat and ada rasa juicy-juicy cikit sebabkan pan ne dia macam steamkan ayam confirmla masak :)

nak bagi lagi healthy aku bubuh la capcicum (tah aku pun tak tau eja) bila ayam tue dah mula juicy-juicy dia keluar maaiii bau herbs yang aku bubuh tue sangat-sangat la wangi tau di tambah dengan bau capcicum lagi rasa manis je ayam tue .. nyam-nyam... yang putih-putih kat atas tue masa aku  masak aku bubuh tauhu so ada la extra protien masa makan .. siyess sangat-sangat sedap 

selamat mencuba :)


opsss lupe la, makan dengan salad kat atas ini confirm go green :)

Thursday, July 4, 2013

MY BFF Engage :)

haluuuuuu... assalammualaikum semua, juz nak sharing yang another one my BFF was engage :) congratulation my dearies Ekin Jamil :) for u all punya information ekin ini kira kawan ke-2 yang move for next step, before ne aku ada buat entri yang BFF aku dah kawen kan and  now she already preggy 7 month :) congrate dear ella :)

kami buddy kami takkan terpisah :) dah macam treadmark DiGi kau, haha... but this is a life akhirnya sorang demi sorang dah bina keluarga amin alhamdulillah apa yang kita penah angan-angan zaman sekolah dulu akhirnya tercapai betol tak, kalau la satu hari nanti korang ada terbaca blog aku nie mesti korang senyum-senyum kambing teringatkan kisah persahabatan kita kan.



                       

Ekin.. Ekin ko memang tak pernah berubah perangai ehem..ehem ko tak pernah hilang kan.... hehe aku ngn Rine memang sengaja datang awal jumpe ekin dengan harapan dapat bergosip dan sembang lama-lama cikit kan almaklumla lama sangat kami tak jumpa padahal bukan jauh pun, tapi betul la orang cakap masa mencemburui :) ( lagi-lagi rine semgat giler ajak aku datang awal) so masa datang tue kami disambut dalam pelukkan oleh UMI HAZIRA merangkap cousin EKIN and kawan sekolah kitorang juga,masa sampai tue ekin tengah makeup, tapi memang tak tahan tengok je muka dia tengah makeup tue we all boley gelak okey so sambil tengok mak andam yang makeup kan dia, memang heboq giler suasana dalam bilik sebabnya masing-masing nak sembang suara boleh dengar satu umah oke :) lolaq sungguh sumenya

Special thanz kat UMI HAZIRA coz layan kitorang kira VVIP la, dari kat bilik ekin sampai la kat  khemah makan, amboiii memang macam mak-mak dah kira dah lulus dah nak jadi bini orang hehe ( dia pun dah tunang tau ) congrate :)

No word can describe about our friendship :)


this is our princess hehe ( besar dah ko ye )



Gamba before rombongan sampai hehe senang cakap sebelum Ekin jadi tunangan orang :) sebab kami tau pasne confirm busy






sempat jugak mak buyung ini datang yess my friend yang i cakap preggy 7 month :)


 freinds till jannah :)


impian :

Doakan saya dapat kerja nak beli camera Nikon baru pic cantik :)





Wednesday, July 3, 2013

ALL ABOUT UUM

Friendship, it hard to describe the word ok, thanks friends cos always beside me :) betol orang cakap zaman  study zaman yang paling best, terbukti sekarang ok ini aku dah rindu kawan-kawan masa belajar yang stok giler-giler huha-huha, jimba-jimba, makan rebut-rebut terasa macam zaman budank-budak haha, siyess korang duduk dalam kelompok yang sama umur sama rasa kadang-kadang membuatkan kita lupa tau umur sebenar.. seha, aida, nadia, mira, wani, jijah,ika,kak lin ( termasuk nama mereka yang tak disebut hik-hik) i miss u all..

bila terasa dah hujung-hujung sem sempat jugak la mcam-macam hal yang jadi, tpi biasalah adat nak berpisah :) then kitorang  pun sempat buat fotoshoot konon-kononnye nak jadikan kenangan la tapi masalahnya sume pic still xde lagi, tapi ada la 2 3 keping pic yang kitorang snap.





will miss every moment with u all, yang paling best bila tengok movie sama-sama macam-macam gelagat yang sengeh sorang-sorang,yang menjerit yang peluk bantal hahaha gilerr la, yang rambut gerbang, yang -yang-yang macam-macam la hahah cant describe it oke.. hoho.. 




                       

Tuesday, July 2, 2013

SHAKLEE ESP

Kurus-Kurus dan Kurus but of cos la kurus yang sihat ada energy bukan kurus sebab tak makan okee..
azam dari awal tahu hari tu memang nak kurus so aku pun dengan gagahnya telah mencuba la minuman soya ala-ala susu ini.. yess lepas buat review  baca itu baca ini then aku pun terperangkap dengan supplement jenama SHAKLEE aku dah lama dengar tap ofcos la beb student takde bajet gitu so aku pendamkan la niat nak mencubanya, nak menjadikan kisahnya cousin aku ini pulak dah jadi ahli so dia pun bagi aku harga ahli je kira murah dekat rn20-30 jugak la dari orang-orang luar yang jual..

gigihnya aku membeli Shaklee dengan duit loan aku beb, amik kaooo sanggup mak nak beli bende-bende alah nie...

ne la bende yang aku minum harga dalam RM121.50 je


rasa dia mula-mula masuk tekak tue biasa-biasa je sebab aku ne orang yang minum susu, juz tak berapa manis je ala but its ok.. aku pun dah start google rasepi-resepi yang aku boleh buat macam-macam la yang aku jumpa, so aku strat la minum esp+ twister tropicana, esp+honey, esp + nesvita.. best sangat-sangat kenyang pun kenyang kira dia kurangkan nafsu aku makan la.. siyes bende ne paling best aku minum 

Now aku consume minum esp shaklee untuk botol yang ke-2 and skrg tengah order botol ke-3, kira berbaloi-baloi la.. 1 botol tahun dalam     1 1/2  0r 2 bulan la, kira oke la.. jimat pun jimat sebab apa cos aku kurang nak beli makanan or nasi time petang-petang masa kat uni, aku sanggup kot p cari duit poket semata-mata nk beli esphehehe... rasanya untuk 1st botol im lost 3 kg oke... siyess so bdan kembali maintain kepada berat asal kot ..
 banyak gile kebaikan-kebaikan dia yang aku google, tapi kalau korg google mesti cakap baik untuk ibu yang menyusukan anak kan.. act xda dia sesuai untuk semua orang :)


Faedah ESP mmg banyak. Antaranya: 

1. Kekal Muda : Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga. 
2. Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

3. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

4. Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.

5. Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

6. Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.
7. Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

jumpe entri seterusnya :)